Lawatan Deligasi Morocco ke Pusat PERMATA Insan


07 Mac 2014, Jumaat – Lawatan para tetamu dari Morocco ke Pusat PERMATA Insan yang bertempat di kampus Nilai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada jam 11.20 pagi telah berlansung dengan jayanya. Mereka yang turut diiringi wakil dari Akademi Sains Malaysia (ASM) telah meluangkan masa selama 50 minit bersama pelbagai pengisian menarik dari Pusat PERMATA Insan.

Seramai 9 orang pelajar PERMATA Insan telah terlibat dalam membuat persembahan Mental ArithmeticPara pelajar yang terlibat adalah Abdul Razzak Khan bin Rustum Ali Khan, 12 tahun, Ainun Mardhiah binti Zainal, 11 tahun, Mohd Redza Riquelmi bin Nisham, 11 tahun, Muhammad Najmi bin Shahlan, 11 tahun, Muhammad Amir Rafiq bin Rahmat, 10 tahun, Muhammad Ibrahim bin Mohd Muhizam, 9 tahun, Nurhusna binti Abdul Rahim, 9 tahun, Izz Afeef bin Mohd Riza, 9 tahun dan Sha Natra binti Shahabudin, 11 tahun. Bersama sentuhan bimbingan pakar Mental Arithmatic Malaysia, Puan Ivylina Tiang dari Innovate Mental Arithmetic sememangnya telah memberikan impak yang begitu berjaya dalam persembahan mereka pagi ini.

Ketibaan tetamu dari Morocco disambut ceria oleh pelajar-pelajar PERMATA Insan. Para tetamu dari Morocco kelihatan sangat teruja kerana dapat bertemu dengan para pelajar PERMATA Insan. Yang berusaha Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh selaku Timbalan Pengarah Pusat PERMATA Insan yang mengetuai warga PERMATA Insan pada hari ini telah memberikan taklimat penuh informasi dan padat berkenaan dengan PERMATA Insan di bilik mesyuarat utama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (BMU FKP).

Setelah sesi taklimat selesai, mereka dipertontonkan dengan persembahan daripada para pelajar PERMATA Insan yang menghafal perkataan dan mengira dengan pantas di bawah arahan Puan Ivylina Tiang.

Seterusnya mereka dibawa melihat replika Kolej PERMATA Insan dan En. Abu Bakar bin Dato’ Abd Jalal telah memberi sedikit penerangan mengenai kolej tersebut yang bakal dibuka pada awal tahun hadapan. Lawatan yang sangat bermakna itu telah berakhir dengan jayanya pada pukul 12.10 tengah hari.

 Tetamu dari Morocco berbual mesra dengan salah seorang pelajar Pusat PERMATA Insan.

 

 Para pelajar PERMATA Insan tersenyum riang bergambar bersama guru mereka, Puan Ivylina Tiang.

_________

* Laporan Oleh : Marzatul Hazirah binti Hamzah & Siti Hawa binti Abdul Rahman

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my