Adik Mia berjaya raih 4 pingat Kejohanan Perahu Layar

PAHANG, 12 Mac- Empat anugerah berjaya dirangkul oleh Nur Ameera Fitrah Binti Yusoff atau lebih dikenali sebagai adik Mia (Pelajar Junior PERMATA Insan) dalam Kejohanan Sukan Perahu Layar peringkat Negeri Pahang hari ini. Kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang ini bertempat di Pantai Lagoona Villa Resort Cherating bermula dari 9 Mac dan berakhir pada 11 Mac 2014.

Adik Mia adalah antara yang berjaya terpilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dalam pemilihan terhadap para peserta untuk menyertai kejohanan di peringkat Negeri (MSSP) seterusnya ke peringkat Kebangsaan (MSSM).

Majlis penutup kejohanan Sukan Perahu Layar yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Karang, Kuantan, telah menyaksikan Adik Mia berjaya merangkul 4 anugerah sekaligus. Antara pingat yang menjadi milik adik Mia adalah anugerah pingat emas untuk kategori Optimis Individu Bawah 10 Tahun, Optimis Marathon Terbuka Bawah 10 Tahun, pingat perak untuk Optimis Individu Bawah 12 Tahun dan Anugerah Khas iaitu Anugerah Pelayar Harapan.

Dengan kemenangan ini, adik Mia bakal mewakili Negeri Pahang dalam Kejohanan Perahu Layar Peringkat Kebangsaan di bawah Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan diadakan pada 23 Mac hingga 28 Mac ini di daerah Setiu, Terengganu.

menurut Adik Mia, beliau bakal berkampung di sana selama seminggu sempena cuti sekolah penggal pertama. Setinggi harapan beliau sematkan, semoga terus berjaya merangkul anugerah ketika di Terengganu nanti. Sama-sama kita doakan kejayaan beliau! 

Empat pingat dan sijil-sijil yang berjaya diperolehi adik Mia.

 

Adik Mia tersenyum berdiri antara peserta lain

 

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my