Mujahid Jaguh Memanah di Peringkat Kebangsaan

Kuala Lumpur- Adik Mujahid bin Md Rosli, Pelajar PERMATA Insan dari Sekolah SK Seri Bintang Utara bersama kumpulannya  telah berjaya menjadi finalis Top 5 Terbaik kebangsaan dalam Kejohanan Memanah Antara Sekolah-Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Peringkat Kebangsaan 2014. Lebih membanggakan, Adik Mujahid dan kumpulannya telah berjaya menduduki tempat keempat terbaik dengan pungutan mata kurang satu mata untuk tempat ketiga.

Kejohanan yang diadakan di Sk Setiawangsa Kuala Lumpur itu telah berlansung dengan penuh prestij pada 28-30 April 2014 yang lalu. Pertandingan yang menyaksikan pertarungan dari 58 buah sekolah berprestasi tinggi itu telah memberikan persaingan yang begitu sengit sekali. Namun, berbekalkan semangat dan kegigihan yang tinggi, adik Mujahid berjaya menjadikan kejayaan memiliki gelaran Top 5 kebangsaan sebagai satu yang tidak mustahil!

Adik Mujahid adalah pelajar PERMATA Insan ambilan 2011 atau batch kedua. Beliau telah menceburi aktiviti memanah ini semenjak berumur 8 tahun lagi dan mewakili sekolah untuk kejohanan sukan MSSWP. Selain aktiviti memanah adik Mujahid juga boleh menunggang kuda dan berenang dengan baik.

Ternyata sukan Sunnah menjadi identiti dan kekuatan buat pelajar PERMATA Insan! Tahniah!

 

 Barisan Pemenang bersama kumpulan dan hadiah masing-masing

Ketika kejohanan sedang berlansung

 Adik Mujahid bergambar setelah memberi cabaran terbaik

 Sijil Kemenangan Adik Mujahid 

 

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my