Mia Rangkul 4 Anugerah Teater Kebangsaan 2014


Ipoh, Perak- Sekali lagi sejarah tercipta! begitulah rekod kecemerlangan Adik Mia PERMATA Insan apabila berjaya merangkul sekali lagi anugerah di Peringkat Kebangsaan dalam bidang Teater.

Empat anugerah berprestij yang telah berjaya dirangkulnya pada tahun ini adalah, Anugerah Pelakon Wanita Harapan, Pelakon Wanita Harapan Keseluruhan, Peserta Wanita Terbaik dan Anugerah Platinium Bangsawan Kanak-Kanak.

Kejayaan bersempena Kem Semarak Teater Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Kebangsaan 2014 yang telah diadakan pada 22-26 Mei 2014 bertempat di Ballroom Hotel Syuen ini telah disertai oleh peserta dari semua negeri di seluruh Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Sekolah Seni Malaysia (SseM).

Kem Semarak Teater pada tahun ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan di rasmikan dengan jayanya oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perak serta dihadiri oleh Pengarah Bahagian Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semasa Peringkat Negeri Pahang, adik Mia telah terlibat dengan produksi teater muzikal. Pada kali ini, beliau terlibat pula dengan produksi bangsawan kanak-kanak. Tajuk persembahan teater yang dilakonkannya adalah “Akal Sejengkal Akal Sedepa”.

Setelah terpilih dalam sesi uji bakat, adik Mia telah di beri watak Mamunda, iaitu cucu kepada nenek kebayan Kemangi. Mamunda ialah ketua kepada tiga kembar, Mamundu dan Mamundi. Watak ini sangat mencabar bagi beliau kerana memerlukan gaya sebutan serta memek muka yang pelbagai.

Beliau berasa amat bersyukur kerana dapat membawa wataknya dengan baik sekaligus mencipta rekod kecemerlangannya sekali lagi dalam arena teater!

Untuk makluman, Adik Mia pada tahun lepas berjaya merangkul dengan Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik juga dalam Semarak Teater Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Kebangsaan.

 

 Empat trofi kemenangan yang berjaya dirangkul oleh adik Mia.

                       

 Adik Mia tersenyum bangga sambil memegang trofi-trofi yang dimenanginya.

 

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my