Kem PERMATA Insan 2/2014 Terbaik!

Syabas dan tahniah diucapkan buat kesemua peserta Kem PERMATA Insan edisi 2 tahun 2014, atas kejayaan mengikuti program pada kali ini! Acara gilang-gemilang dwitahunan ini diadakan bertempat di Kem PLKN Jugra Banting selama dua minggu bermula 24 Nov - 4 Dis 2014. 

Kem kali ini disertai oleh pelajar PERMATA Insan seramai 256 orang dengan pendaftaran terbaru dari ambilan 2014 seramai 92 orang. Manakala pelajar dari tahap-tahap lain terus menceriakan lagi kem dengan peyertaan seramai 80 orang dari Junior (ambilan 2013), 48 orang Senior (ambilan 2012) dan 36 Super Senior (ambilan 2011). 

Pelajar dari keempat-empat tahap ini telah mengikuti dengan jayanya modul-modul hebat PERMATA Insan bertemakan Sains Iqra (Tahap 1), Wahyu Fizik (Tahap 3), Biologi Manusia (Tahap 5), Teknologi (Tahap 7). 

Dalam memperhebat pengisian teras modul PERMATA Insan yakni talaqqi dan tasmik Quran, antara lain yang menarik dalam kem kali ini adalah menerusi pembelajaran berasaskan eksperimen dan permainan bagi modul Quran Sunnah, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, di samping kelas Mental Arithmatic, aktiviti Brain games dan Explorace bagi modul Pembangunan Insan.

Bagi Lawatan akademik pula, pelajar Super Junior telah dibawa ke Zoo Negara - pengisian Pintar Quran Sunnah (Sains Iqra), Junior ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) USIM - Pintar Quran Sunnah (Biologi Manusia), Senior ke Muzium Telekom - Pintar Quran Sunnah (Wahyu Fizik), dan Super Senior ke Muzium Tentera Darat Port Dickson - Pintar Quran Sunnah (Teknologi)

Kem pada kali ini juga meneruskan pemilihan Presiden pelajar PERMATA Insan bagi sesi 2014/2015 dalam memperkasakan modul kempimpinan seperti yang telah dilaksanakan pada tahun lalu. Menerusi pilihan raya, majoriti pelajar telah memilih Farhan Brian Korn sebagai presidan baru manakala Ainul Mardiah sebagai Timbalan Presiden.

Pertandingan Hifzul Quran & Tilawatul Quran pada kali ini diadakan dalam memperkasakann lagi keunggulan anak-anak PERMATA Insan dalam bacaan serta hafazan Quran, manakala malam Talentime juga telah menyaksikan bakat-bakat terpendam yang mampu untuk diketengahkan di pentas profesional.

Kemuncak program adalah Lawatan rasmi dari ahli-ahli JKPU USIM yang diketuai oleh YBhg. Profesor Dato' Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan dari Pihak PERMATA Insan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kem pada kali ini.

 

Lagi Gambar Klik sini

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my