50 Pelajar Genius Mendaftar di Kolej PERMATA Insan

NILAI, 17 Jan 2015 - Pusat PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima kumpulan sulung seramai 50 orang pelajar yang akan mengikuti pengajian peringkat menengah Asas 1 (Tingkatan 1) di Kolej PERMATA Insan USIM. Kumpulan pertama ini yang terdiri daripada 30 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan merupakan pelajar terpilih dari seluruh negara yang telah mendaftar pada 17 Januari lepas.

Kumpulan sulung ini kemudiannya akan mengikuti program orientasi khas yang telah disediakan oleh Pusat PERMATA Insan selama empat hari bermula 17 hingga 20 Januari 2015. Sebahagian besar pelajar ini merupakan pelajar yang telah mengikuti Program PERMATA Insan yang dilancarkan secara rasminya oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia selaku Penaung Program PERMATA pada 12 Mac 2010 di USIM.

“Kolej Permata Insan ini ada satu-satunya kolej seumpamanya di dunia ini yang menawarkan pendidikan menengah terkehadapan berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli di mana lokasinya berada di dalam sebuah universiti”, Ujar Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Dato’ Dr Musa Ahmad ketika taklimatnya kepada ibu bapa dan 50 orang pelajar Kolej Permata Insan yang mendaftar pada 17 Januari 2014.

Perasaan bangga jelas terpancar diwajah Dato’ Musa melihatkan kepada anak-anak cilik yang mendaftar buat pertama kalinya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama ibu-bapa masing-masing.

Menurut Pengarah Pusat PERMATA Insan, Prof. Datuk Dr Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, matlamat PERMATA Insan adalah untuk menjana cendekiawan Islam di kalangan anak-anak Islam  yang boleh dibanggakan. Justeru, pada tahun 2010 penaung PERMATA melihat potensi yang amat baik untuk USIM membangunkan program anak-anak IQ tinggi. Tanggungjawab ini merupakan amanah dan cabaran Pusat PERMATA Insan untuk berusaha bangunkan dari peringkat awal melalui perbincangan dengan pakar-pakar rujuk, mengikuti seminar dan bengkel serta lawatan kerja ke luar negara untuk mendalami modul-modul sehinggalah kini Pusat PERMATA Insan berdiri sendiri dengan modulnya tersendiri.

“Kami bersetuju dengan pandangan pakar-pakar rujuk bahawa untuk menjana anak-anak ini, ia haruslah dimulakan seawal usia 8 tahun yang mana pada peringkat ini anak-anak sudah boleh membaca, mampu menunjukkan kebolehan dan keupayaan serta perkembangan postitf dari segi pergaulan dengan persekitaran dan rakan-rakan sebaya. Melalui cara ini, barulah kita dapat melihat hasil dan perkembangan positif yang berlaku pada anak-anak pada masa akan datang,” tambahnya.

 

Adik Ahmad Faiz Yazid, 13, yang petah berkata-kata merupakan Johan Pidato Piala Diraja peringkat Kebangsaan tahun 2013 hingga 2014. Faiz yang merupakan anak tunggal dan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Parang Puting, Kota Bharu Kelantan turut mendapat tawaran daripada sekolah dan kolej terkemuka Negara tetapi memilih Kolej PERMATA Insan kerana kurikulumnya yang unik menggabungkan ilmu Al Quran dan Sunnah.

 

Adik Irfan Ezani bin Shuhaimi, 13, berasal dari Johor dan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Perling Johor melahirkan rasa teruja kerana terpilih menjadi salah seorang pelajar Kolej PERMATA Insan. Anak sulung dari lima beradik ini bercita-cita ingin menjadi seorang arkitek dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh sepanjang berada di sini yang turut mendapat  5A dalam peperiksaan UPSR yang lepas.

 

Manakala adik Hasya Amalina Adnan,13, bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Padang Berampah, Sipitang Sabah berasa sangat gembira dan tidak sabar untuk belajar di Kolej ini yang mana berbeza dari sekolah biasa kerana suasana pembelajaran di dalam universiti.Adik Ahmad Faiz Yazid, 13, yang petah berkata-kata merupakan Johan Pidato Piala Diraja peringkat Kebangsaan tahun 2013 hingga 2014. Faiz yang merupakan anak tunggal dan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Parang Puting, Kota Bharu Kelantan turut mendapat tawaran daripada sekolah dan kolej terkemuka Negara tetapi memilih Kolej PERMATA Insan kerana kurikulumnya yang unik menggabungkan ilmu Al Quran dan Sunnah.

 


Pembinaannya di dalam kampus USIM membolehkan para pelajar berinteraksi dan mempercepatkan proses kematangan dan pembelajaran dalam usaha melahirkan para saintis, teknokrat, penyelidik, cendekiawan dan profesional Islam yang boleh dibanggakan. Penyediaan prasarana yang sesuai menjadi keutamaan bagi membolehkan mereka mendapat pembelajaran yang lebih terkehadapan (
advanced) serta mencabar dan menepati aras kesukaran yang sesuai dengan kemampuan mental mereka. Melaluinya, para pelajar dapat mengembangkan potensi minda dan bakat dalam suasana pembelajaran dan penyelidikan yang kondusif.Program PERMATA Insan dirancang bagi memartabatkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dan amalan kehidupan seharian serta merupakan satu usaha yang khusus untuk melahirkan Muslim Nobel Laureates danFuture Leaders yang berpersonaliti Al-Abrar (Noble) dalam bidang sains dan teknologi serta mampu mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli.Program PERMATA Insan yang diamanahkan kepada USIM untuk dilaksanakannya merupakan kesinambungan dan perluasan daripada Program PERMATA yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Perdana Menteri seperti PERMATA Negara, PERMATA pintar dan PERMATA Seni. Program ini merupakan strategi menjana cendekiawan Islam dari bakat anak-anak kecil pintar dari seluruh Malaysia seawal usia 8 tahun. Kanak-kanak yang terpilih seterusnya akan mengikuti kurikulum khas Permata Insan yang mengandungi empat (4) komponen penting iaitu Modul Pintar al-Quran dan al-Sunnah, Modul Bahasa Arab, Modul Bahasa Inggeris dan Modul Pembangunan Insaniah sehingga berusia 12 tahun.

Pembangunan Kompleks Kolej PERMATA Insan di atas tanah seluas 12 ekar berdekatan bangunan Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) USIM dan menghadap tasik ini berkonsepkan sekolah dalam kampus, menawarkan pendidikan kepada pelajar pintar Islam dan berbakat dari Asas (Tingkatan) 1 hingga 5. Pembinaan fasa satunya menempatkan blok pentadbiran, blok pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan kemudahan asrama serta dewan makan dengan kos RM 21 juta telah selesai dan bersedia untuk digunakan oleh kumpulan pertama ini.

Berita Diterbitkan oleh Stracomm USIM

di http://news.usim.edu.my/ms

 

Disediakan oleh : 

Noorumaina Mohamed Yunus

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)

Aras 1, CanseloriUniversitiSains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my