Pencarian Pelajar PERMATA Insan Bagi Kemasukan 2015

 

 

 Makluman : Ujian ini telah telah ditutup!  


PENGUMUMAN PENTING! Pencarian Pelajar PERMATA Insan bagi kemasukan 2015 kini dibuka sistem ujiannya bermula 1 Februari 2015. Pemilihan peringkat pertama yang dijalankan secara online ini akan berakhir pada 31 Mei 2015.

Pencarian bermatlamatkan penemuan individu genius ini adalah untuk pembinaan kepintaran berasaskan Aqli-Naqli dalam melahirkan Cendekiawan Islam masa hadapan.

Pelajar-pelajar terbaik yang bakal terpilih ini akan dipupuk untuk menggapai Objektif PERMATA Insan, yakni pembangunan holistik seorang ilmuan berpandukan modul pembelajaran yang menggabungkan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah dalam segenap cabang pengetahuan.

 

Kelayakan Calon

Ujian ini yang dipanggil Ujian UKM 1 adalah satu ujian tapisan IQ berstandard antarabangsa. Semua calon yang layak untuk terpilih ke PERMATA Insan adalah seperti berikut :

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Berumur 8 tahun dan sedang belajar di TAHUN 2 (darjah 2) Tahap 1 di mana-mana Sekolah Rendah, sama ada Kebangsaan atau Agama di dalam Malaysia.

 

Apakah itu Ujian UKM 1?

Ujian UKM 1 ini adalah ujian peringkat pertama menerusi pengambilan ujian IQ secara online. Ianya merupakan salah satu proses permulaan dalam pencarian PERMATA Insan bagi kemasukan 2015 ini. Ujian ini akan diberi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 tahun hingga 15 tahun. Terdapat beberapa syarat ketika menjawap soalan saringan ini :

  1. Pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini.
  2. Pelajar  hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini SEKALI sahaja.
  3. Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini.

 Klik sini untuk mengambil ujian UKM 1 : http://ukm1.permatapintar.edu.my/

 

Selepas Ujian UKM 1

Pemilihan calon PERMATA Insan akan mengikuti beberapa proses tertentu. Kemasukan pelajar-pelajar pintar ke program PERMATA Insan dibuat kepada semua Sekolah Rendah di seluruh Negera, Sekolah Rendah Agama Negeri (SRAN), Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Syarat-syarat proses pemilihan adalah seperti berikut :

  1. Pelajar dikehendaki menduduki ujian IQ UKM 1 yang diambil secara atas talian (Online) dan semua pelajar boleh mendudukinya di lokasi masing-masing.
  2. Semua calon yang berjaya dalam ujian IQ UKM 1 akan mengambil ujian IQ UKM 2. Ujian UKM 2 ini merupakan satu lagi ujian kecerdasan yang dibina oleh UKM untuk menyaring pelajar Permata Pintar.
  3. Kelulusan dalam ujian UKM 2 ini akan melayakkan pelajar mengambil Ujian USIM 1 (Islamic Intelligent Test) bagi menguji kecenderungan dan kebolehan dalam pengetahuan Islam, membaca al-Quran, Hafazan, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Tulisan Jawi.
  4. Sekiranya pelajar lulus dalam peringkat USIM 1, pelajar secara rasminya akan menjadi pelajar PERMATA Insan dan akan menyertai Kem yang diadakan 2 kali setahun selama 3 tahun.
  5. Pelajar akan ditempatkan di Kolej PERMATA Insan mulai Tingkatan 1 mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

 

Poster Promosi

[Download Poster Promosi PERMATA INSAN] 

 

Makluman & Pertanyaan Lanjut? 

Sebarang pertanyaan atau maklumat, sila hubungi:

Tel: 06-7988198 / 8284

Email:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Attachments:
Download this file (banner-1200-x-830-(USIM).png)banner-1200-x-830-(USIM).png[ ]182 Kb

 Pusat PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my