BENGKEL GURU PEMBIMBING 2015

NILAI, 27 MAC 2015 – Seramai 26 orang guru dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan guru Tasmik Kolej PERMATA Insan telah terpilih sebagai guru pembimbing PERMATA Insan bagi sesi 2015. Kesemua mereka yang teridiri daripada guru-guru terpilih dari seluruh negara telah menghadiri dengan jayanya bengkel guru pembimbing ini yang diadakan pada setiap tahun.

Bengkel yang berimpak ini disempurnakan dengan aluan disusuli pengenalan Program PERMATA Insan oleh Yang Berusaha Profesor Datuk Dr. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Pengarah Pusat PERMATA Insan.

Berbekalkan semangat dalam menjana cendekiawan Islam, para peserta dilihat begitu komited dalam menjadikan segala hasrat dan objektif PERMATA Insan dapat digembleng serta digapai bersama.

Bengkel yang digarap dalam membina pemantapan para guru pembimbing ini dijalankan dengan penuh komprehensif dengan pengisian sesi-sesi penerangan modul serta praktikal e-learning dari pegawai-pegawai PERMATA Insan.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini memperlihat harapan yang besar daripada para peserta dengan keazaman mahu memberikan yang terbaik, selain mahukan masa depan pendidikan pintar berbakat yang lebih efektif untuk generasi akan datang.

Kami di pihak PERMATA Insan yakin integrasi gerak kerja  ini akan membuahkan hasil yang terbaik ke arah Menjana Cendekiawan Islam, insya-Allah.

Antara slot-slot yang dijalankan ketika sesi Bengkel Guru Pembimbing PERMATA Insan 2015 

* Makluman lanjut berkenaan pelaksanaan Guru Pembimbing PERMATA Insan boleh dilihat di pautan ini :

 Laporan Disediakan oleh : Wan Abd Muhaimin  |   Berita disunting oleh : Ahmad Faiz Ab Aziz

 

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my