Pelajar Kolej PERMATA Insan Pamer Manifestasi Teknologi Pembelajaran Abad 21

 

Kesemua peserta yang membentangkan Pembelajaran Abad 21 bergambar bersama Pengarah Kolej, Apple Malaysia, serta Pegawai IAB.

 

Ahmad Faiz (kanan) dan Afiqah (kiri) wakil pelajar bergambar ketika mula membuat pembentangan.

 

Abdul Razzak Khan, sedang mempamerkan manifestasi teknologi berkenaan buku interaktif beliau. 

 

Nilai, 21 Ogos 2015 - Seramai 19 orang pelajar Kolej PERMATA Insan telah berjaya mempamer kemahiran berasaskan teknologi pembelajaran abad 21 sempena Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Kali Ke 11, 2015 yang dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki.

Wacana peringkat nasional yang bertempat di Institut Aminuddin Baki, Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, Negeri Sembilan ini telah dihadiri oleh 500 orang peserta yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, Pegawai Pendidikan dan pimpinan institut pendidikan di Malaysia.

Terpilih dalam mengisi slot manifestasi teknologi ini, pelajar PERMATA Insan ternyata telah mempersembahkan sebuah pendekatan pdp yang begitu berimpak memfokuskan kepada pembangunan pengisian pembelajaran dari buku-buku yang telah mereka tulis yang didigitalkan secara interaktif.

Dengan kerjasama Apple Malaysia, teknologi pembelajaran yang ditonjolkan oleh pelajar kolej ini dilihat memberi kesan terhadap implikasi pembelajaran para pelajar serta membuka idea kepada pimpinan institusi pendidikan untuk dilaksanakan.

 

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my