Mujahid Terima Pingat Gangsa di IOEC 2015

Mujahid Md Rosli, 12 tahun PERMATA Insan telah berjaya mendapat pingat gangsa bersama rakan-rakannya dari SK Seri Bintang Utara dalam VCLE INTERNATIONAL ONLINE ESSAY COMPETITION 2015 baru-baru ini.

Pertandingan secara atas talian itu juga merupakan sebuah pertandingan di peringkat antarabangsa, di mana ianya turut disertai oleh pelajar sekolah rendah yang berumur antara 10-12 tahun dari sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia, sekolah-sekolah dari Asia Tenggara dan lain-lain negara. Ianya turut dibuka kepada pelajar tahap 1 sekolah rendah  selatan Thailand, Korea Selatan serta sekolah-sekolah di Malaysia yang terlibat dalam program "Teach for Malaysia”. Pertandingan  ini telah berjaya memasuki tahun ketiga penganjurnnya yang menyaksikan pelbagai faedah serta manfaat telah berjaya ditimba oleh para pesertanya.

Mujahid sebagai antara pelajar harapan dan telah dipilih oleh sekolah sebagai peserta bagi mewakili sekolah beliau telah mula menduduki beberapa fasa pertandingan melibatkan pemilihan individu 13 April - 8 Mei 2015 sehinggalah hari pertandingan yakni pada 20 Mei yang lalu.

Tahniah diucapkan!

 Banner rasmi VCLE INTERNATIONAL ONLINE ESSAY COMPETITION 2015 

 Pusat PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my