Bengkel Guru Pembimbing 2016 Tampil Sinergi Baharu.

 

Bengkel Guru Pembimbing PERMATA INSAN baru-baru ini telah berlansung dengan jayanya bertempat di AKEPT, Nilai bermula 26 Feb hingga 28 Feb 2016. Bengkel tahunan yang  menjadi salah satu aktiviti utama para guru pembimbing ini telah dihadiri oleh guru-guru terpilih dari seluruh Malaysia mewakili negeri masing-masing.

Pengisian bengkel pada tahun ini menyaksikan beberapa sinergi baharu meliputi sesi pembangunan rancangan pengajaran sesi bimbingan sepanjang tahun, sesi pembelajaran dan pengajaran berasas sistem e-learning Intelligent Learning Environment (iLE), serta sesi pengkayaan dan implimentasi modul.

Semua peserta bengkel dilihat begitu bersemangat dan sepakat dalam menggalas tanggungjawab membawa amanah PERMATA insan ini ke arah kecemerlangan anak-anak pintar berbakat PERMATA Insan ke peringkat yang lebih berimpak.

Bengkel ini disempurnakan dengan jayanya oleh Pengarah Kolej PERMATA Insan, Ybhg. Dr. Nik Salida Suhaila. Kemuncak bengkel kali ini adalah penyampaian anugerah guru pembimbing terbaik. 

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my