Majlis Perasmian Kompleks PERMATA Insan

Majlis Perasmian Kompleks PERMATA Insan akan berlangsung pada 5 April 2016 iaitu pada hari selasa bersamaan 27 Jamadilakhir 1437 Hijrah. Majlis penuh bersejarah ini bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia yang dianggarkan mampu menampung lebih 500 orang tetamu jemputan.

Perasmian Kompleks PERMATA Insan akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia serta turut bersama-sama beliau adalah YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansur selaku Penaung Program PERMATA.

 Pusat PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my