Dr. Zakir Naik @ PERMATA Insan

BANDAR BARU NILAI: Sebuah majlis syarahan ilmu oleh penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik hari ini telah berlansung dengan jayanya di Kolej PERMATA Insan. Program "Dr. Zakir Naik @ PERMATA Insan" yang dibawakan khas oleh Jabatan Perdana Menteri buat warga Kolej PERMATA Insan ini juga dihadiri tetamu jemputan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, kakitangan USIM, warga Kolej PERMATA Pintar serta mahasiswa-mahasiswi USIM. 

Dalam syarahannya, Dr. Zakir Naik berkongsi dengan pelajar berkenaan persoalan ilmu terutamanya Sains yang telah membuktikan kehebatan wahyu dari Quran dan Sunnah. Menurutnya Quran bukan sekadar "Book of Science" malah Quran adalah "Book of Sign", yakni sebuah kitab agung yang merupakan petunjuk keagungan Allah.

Syarahan ini digamatkan lagi dengan sesi soal jawab dari kalangan pelajar. Ternyata Dr. Zakir naik sangat teruja dengan persoalan yang dilontarkan lantaran soalan-soalan dari pelajar begitu bagus serta membuktikan tahap ketinggian daya fikir mereka pada pandangan Dr. Zakir.

Syarahan ini juga telah dipancarkan secara lansung secara atas talian. Bagi menonton paparan penuh pengisian syarahan Dr. Zakir Naik @ PERMATA Insan, boleh layari laman usim tv di link berikut http://www.usimtv.my/video/dr-zakir-naik-at-permata-insan/

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my