KPI Johan Perarakan Khas Bulan Kemerdekaan

 

NILAI, 23 September 2016 – Kolej PERMATA Insan (KPI) telah dinobatkan sebagai Johan dalam Perarakan Khas Bulan Kebangsaan sempena Perasmian Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan 2016 peringkat USIM. Kontingen KPI yang diketuai oleh En. Ahmad Hafidzi Mansor dibarisi oleh 50 pelajar dan wakil staf Kolej PERMATA Insan . Majlis tersebut yang dirasmikan oleh YBhg. Naib Canselor, Dato’ Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad dimulakan seawal jam 9.00 pagi dengan perarakan masuk kontingen pelajar dan staf yang mewakili semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) USIM.

Pelbagai gimik dipersembahkan setiap kontigen bagi menarik perhatian juri pertandingan semasa lintas hormat di hadapan Naib Canselor dan barisan JKPU. Tidak terkecuali kontingen KPI turut membuat gimik dengan nyanyian penuh semangat lagu patriotik. Perarakan berakhir dengan perhimpunan semua kontingen yang terlibat di dalam Dewan Tuanku Canselor.

Majlis diteruskan dengan tayangan video pendek “Sheikh Abdullah Fahim-Penentu Tarikh Kemerdekaan” serta ucapan perasmian penutupan oleh YBhg. Naib Canselor. Beliau juga turut membuat penampilan istimewa dengan menyampaikan puisi bertemakan kemerdekaan selain persembahan pentomin oleh pelajar USIM. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah pertandingan Semarak Bulan Kebangsaan dan penyampaian hadiah Perarakan Kontingen Terbaik. Kolej Permata Insan dinobatkan sebagai juara, diikuti oleh Jabatan Pendaftar sebagai naib juara dan Jabatan Bendahari di tempat ketiga.

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my