Esei Luqman Hakim Berjaya Membawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM500, Medal dan Biasiswa Sunway bernilai RM5,000

The Sunway-OxBridge Essay Competition 2017 dianjurkan oleh Sunway University, The Oxford & Cambridge Society Malaysia, Jeffrey Cheah Foundation dan Monash University. Ianya disokong penuh oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tahun ini merupakan tahun keempat penganjurannya.

Penyertaan dibuka kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 5 sekolah-sekolah seluruh Malaysia dengan pengecualian kepada sekolah antarabangsa yang tidak menggunakan silibus KPM. Hadiah yang ditawarkan adalah lumayan dalam bentuk wang tunai dan tajaan biasiswa Sunway University.

Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Tingkatan 1-3) dan Kategori B (Tingkatan 4-5). Setiap peserta perlu menghantar penywrtaan penulisan asal sebelum 30 April 2017. Tajuk yang diberikan adalah "What could you do as an individual to reduce the impact of climate change".

Seramai 2205 peserta telah mengambil bahagian. Saringan yang dilaksanakan seterusnya menyenaraikan 82 perserta sebagai finalist yang seterusnya menduduki 'on-site finals' pada 10 Jun 2017. Seramai 13 pemenang diumumkan pada 23 Jun 2017 dan seterusnya Majlis Penyampaian Hadiah pada 22 Julai 2017 disempurnakan oleh Timb Menteri Pendidikan YB Dato' P Kamalanathan.

Alhamdulillah, ini adalah kali pertama Luqman Hakim menyertai pertandingan menulis esei dan beliau berjaya membawa pulang hadiah saguhati berupa wang tunai RM500, medal dan biasiswa Sunway bernilai RM5,000. KPI telah menghantar 4 penyertaan atas talian pada tahun ini. SMK Convent Infant Jesus Johor Bahru telah menghantar sebanyak 527 penyertaan atas talian dan berjaya memenangi anugerah penyertaan terbanyak dengan hadiah yang lumayan. Salah seorang pelajarnya memenangi tempat pertama Kategori A.

Maklumat lanjut di laman sesawang http://www.sunway.edu.my/essay/

Laporan Oleh : Zulkarnin Zakaria

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my