Pelajar Kolej PERMATA Insan Bawa Pulang Pingat Perak dalam Peyertaan Sulung i-TeLearN

The International Conference and Competition on Teaching and Learning (i-TeLearN) 2017 dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perlis. Tahun ini merupakan tahun kedua penganjuran program yang berkolaborasi bersama universiti-universiti serantau Asia Tenggara termasuk Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). I-TeLearN 2017 adalah pertandingan yang mengumpulkan hasil penyelidikan para pemikir akademik dalam menyumbang ke arah pembangunan pendidikan abad ke-21. Pertandingan bertemakan 'Soaring Excellence in Teaching and Learning' ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori A (pedagogi elektronik) dan Kategori B (pedagogi bukan elektronik). Penyertaan terdiri daripada peserta-peserta siswazah dan pensyarah universiti tempatan dan antarabangsa.

Tahun ini, Kolej PERMATA Insan telah menghantar penyertaan sulung seramai 5 orang pelajar dengan kolborasi kepakaran yang berbeza iaitu Ahmad Faiz Yazid (neurosains), Muhammad Minhalkazim Mohd. Sarusniza (sains komputer), Irfan Naqieb Baharuddin (sains komputer), Mujahid Md Rosli (sains komputer) dan Mohd. Farhan Bryan Korn Faizul (geokimia). Penyertaan ini sekaligus menjadikan pelajar Kolej PERMATA Insan merupakan kumpulan paling muda daripada 175 peserta.

Dengan pembentangan hasil penyelidikan bertajuk 'Al-Kimia: A 21st Century Chemistry Game for Gifted and Talented Education', pelajar Kolej PERMATA Insan telah berjaya merangkul Silver Award. Penyelidikan yang dijalankan adalah berkenaan pembinaan aplikasi 'Al-Kimia' sebagai pedagogi dalam pembelajaran Kimia bagi pendidikan pintar dan berbakat yang diterajui. 'Al-Kimia' tampil unik kerana berupaya dihasilkan oleh pelajar 15 dan 14 tahun dengan konsep daripada pelajar kepada pelajar. Tambahan pula, kerangka 'Al-Kimia' adalah berlandaskan tadabbur surah ar-Ra'd ayat 14, yakni berkenaan komposisi tanah yang digariskan oleh Allah secara berdekatan tetapi berlainan keadannya. 'Al-Kimia' berkisar tentang permainan elektronik yang digunakan untuk mengesan komposisi kimia tanah sekaligus meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran Kimia dengan cara permainannya, 'tadabbur the 'alam'.

 

Lihat Galeri di sini : 

https://www.facebook.com/pg/programpermatainsan/photos/?tab=album&album_id=1473574949387706

 

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my