Larian Merentas Kampus Sempena dengan Asian Islamic Science Camp 2018

Bersempena dengan Asian Islamic Science Camp 2018, Kolej PERMATA Insan bersama pelajar dari Prince of Songkhla University (PSU) Thailand telah mengadakan program merentas kampus. Program yang menjadi acara tahunan Kolej PERMATA Insan ini ternyata lebih meriah tahun ini apabila turut melibatkan penyertaan dari pelajar Thailand sempena lawatan satu minggu mereka di Kolej PERMATA Insan, USIM.

Acara yang dilepaskan oleh Pengarah Kolej PERMATA Insan, Yang Berbahagia Prof Dr. Che Husna Azhari sendiri ini bermula dari Kolej PERMATA Insan mengambil masa kira-kira satu jam dalam jarak 5 KM. Program ini juga melibatkan semua staff Kolej PERMATA Insan dan guru pengiring dari PSU sendiri.

Melalui program ini, pelajar dapat menjalinkan hubungan yang baik, serta bertukar pendapat antara satu sama lain dalam bidang akademik dan juga kokurikulum mereka. Selain itu, pelajar juga dikenalkan dengan persekitaran kampus USIM yang indah permai ini. Ternyata aktiviti luar kelas seperti ini juga dapat memberikan peluang kepada pelajar KPI dan PSU dapat menghilangkan tekanan belajar mereka selain dari menyihatkan badan.

Lawatan seminggu 66 orang pelajar PSU, Thailand ini adalah bertujuan untuk merasai sendiri cara pembelajaran di Kolej PERMATA Insan. Mereka turut sama dalam semua aktiviti pelajar KPI seperti kelas akademik, aktiviti persatuan dan kelab, kelas hafazan dan sebagainya. Program yang telah masuk tahun kedua penganjuran ini dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan antara PSU dan KPI yang memiliki status sekolah dalam kampus di negara masing-masing.

 

Nor Adlyizan Bin Theis

Kolej PERMATA Insan

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my