Aku Sebuah Basikal

 

Aku Sebuah Basikal

Penulis: Auni Raidatul Zafira Azhar

Buku ini mengisahkan tentang kehidupan sebuah basikal yang diberi nama Pixie. Pada suatu hari, Pixie dan beberapa orang kawannya telah dimasukkan di dalam sebuah lori yang besar. Mereka menjadi hairan dan takut kerana tidak tahu kemana mereka akan pergi. Ingin tahu ke mana mereka pergi dan bagaimanakah dengan kehidupan Pixie? Ikutilah kisah selanjutnya di dalam buku ini. 

 

 

 

Kekabu

Kekabu

Penulis: Nur Nadia Fadhlina Daman Huri

Penulis menceritakan tentang pokok kekabu serta kegunaannya. Penulis juga menceritakan pengalamannya semasa berada di kampung pada cuti perayaan Tahun Baru Cina yang lalu. Ianya mengenai satu kisah seram dan lucu dan telah terjadi kepada bapanya yang berkaitan dengan pokok kekabu. Apakah kisah seram dan lucu tersebut? Ayuh adik-adik kita baca bersama buku yang menarik ini.

 

 

 

Diriku

 

Diriku

Penulis: Muhammad Hakim Nor Zamani

Di dalam buku ini, penulis menceritakan tentang perjalanan hidupnya yang sentiasa ceria dan bahagia di samping keluarga serta kawan-kawan. Penulis juga menceritakan mengenai pengalamannya yang telah terpilih untuk menyertai Akademi Permata Insan yang dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Mari kita baca pengalaman yang menerujakannya.


 

 

 

Penciptaan Manusia

Penciptaan Manusia

Penulis: Siti Nurafiqah Aida Saharudin

Penulis menceritakan tentang sejarah penciptaan manusia serta memberikan dalil-dalil dari Al-Quran yang berkaitan dengan penciptaan manusia bermula di dalam rahim ibu hinggalah manusia melihat dunia ini. Mari adik-adik kita hayati buku yang penuh dengan ilmu ini.

 

 

 

Pengalaman Persekolahanku

Pengalaman Persekolahanku

Penulis : Muhammad Haziq Bakhtiar.

Menceritakan tentang pengalaman seorang pelajar  disekolahnya. Ingin tahu pengalaman-pengalaman pelajar tersebut, ikutilah cerita beliau.

 

 

 

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my