Tekad 5A

Tekad 5A

Penulis: Muhammad Afiq Syazani Zawawi

Aizad merupakan seorang pelajar SK Seri Wangsa yang berumur 12 tahun. Dia langsung tidak menghiraukan usaha untuk persediaan UPSR pada tahun ini. Di rumah, Aizad sentiasa leka bermain permainan video, melayari internet, dan menonton televisyen. Pada suatu hari, emaknya telah bertanyakan tentang keputusan ujian terkini. Dengan keputusan yang tidak memberangsangkan itu, emak Aizad enggan membenarkannya bermain permainan video, melayari internet, dan menonton televisyen. Bagaimanakah kehidupan Aizad seterusnya? Mari sama-samakita  ikuti kisah yang menarik ini!

 

Janji Juana

Janji Juana

Penulis: Qurratu Ain Azhari

Buku ini mengisahkan tentang Juana yang hidup serba sederhana bersama ibu dan ayahnya. Ibunya merupakan seorang surirumah. Ayahnya pula bekerja sebagai nelayan.Ibu Juana selalu mengikut ayahnya ke laut untuk mencari rezeki. Juana hidup bahagia bersama keluarganya walaupun dia seorang anak tunggal. Suatu hari, ibu dan bapa Juana keluar ke laut untuk mencari rezeki walaupun laut bergelora pada ketika itu. Namun, malang tidak berbau dan mereka telah dijumpai lemas dan meninggal dunia. Mulai  hari tersebut, Juana telah berjanjikan menghadiahkan keputusan yang cemerlang kepada mereka. Adakah Juana mampu untuk berjaya? Ayuh adik-adik ikuti cerita selanjutnya.

 

 

 

Pengorbananku

Pengorbananku

Penulis : Afiqah Che Endut

Nizam Hakim, merupakan seorang anak tunggal dalam keluarganya. Ibunya sudah lama meninggal dunia. Bapanya  pula menghidapi penyakit jantung kronik dan memerlukan rawatan segera. Namun, mereka tidak mempunyai wang untuk membiayai kos rawatan tersebut yang tinggi. Oleh itu, Nizam mengambil keputusan untuk menolong bapanya mencari duit. Dia sanggup berkorban demi bapa yang amat disayanginya dan melihat bapanya sembuh semula. Apakah pengorbanan Nizam terhadap bapanya? Jom ikuti cerita selanjutnya di dalam buku cerita ini. Selamat membaca!

 

Impianku

 

Impianku

Penulis :  Adriana Nazrul Hisham

Adriana yang mempunyai impian  menjadi seorang doktor bedah. Beliau juga pernah dimasukkan  ke Institut Jantung Negara kerana sakit jantung pada usia yang cukup muda. Di sekolah, beliau telah menyertai lawatan ke Hospital Pediatrik Kuala Lumpur. Disana, bermacam-macam perkara yang telah beliau pelajari . Oleh kerana itu beliau berazam ingin menjadi doktor dan menolong semua orang dengan seikhlas hati. Mari kita ikuti cerita beliau ok !

 

 

 

 

Sabar itu Indah

Sabar itu Indah

Penulis : Nur Shafizatul Anis Abu Bakar

Cerita ini mengisahkan Alia seorang pelajar yang kurang upaya. Dia mempunyai dua orang sahabat yang sentiasa membantunya. Mereka akan menjalani peperiksaan tidak lama lagi. Mampukah Alia membuktikan bahawa dia boleh berjaya?

 

 

 

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my