Lelaki Tua dari Masa Hadapan

Lelaki Tua dari Masa Hadapan

Penulis: Farhan Bryan Korn

Farhan merupakan pelajar yang amat pintar di sekolahnya dan suka mereka cipta benda baharu. Beliau yang berusia 10 tahun tidak pernah sombong terhadap rakan-rakannya. Antara rakan-rakannya adalah Aniq, Jazril, Azzahirah dan Faizah. Pada suatu hari, Farhan bersama rakan-rakannya bersenam di taman rekreasi yang berhampiran dengan hutan. Tiba-tiba Farhan ternampak bekas jejak tapak kaki seseorang di atas tanah lantas mengikut jejak tersebut. Jejak siapakah yang mereka temui dan dimanakah mereka berada? Ayuh kita Ikuti cerita penuh suspens ini!

 

 

 

 

An Amazing Space Adventure!

An Amazing Space Adventure!

Penulis : Nur Farzana Baharuddin

Remy and Roy are twins and they have a sister, Annie. Annie ask for help in making a folio entitled 'Astronomy'. Remy and Roy has built a spaceship, Annie is very excited to see the spaceship that Remy and Roy build. Suddenly, the spaceship is moving. Want to know what happened to them. Continue reading okay.

 

 

 

Sesat

Sesat

Penulis: Nur Fatin Najihah

Amin, Syafiq dan Hajar berkawan baik. Pada suatu hari, mereka berada dalam keadaan terapung di ruang angkasa. Mereka tidak percaya dengan apa yang mereka lalui. Amin cuba membawa dirinya ke tanah Marikh namun dihalang oleh Hajar. Amin tidak mahu mendengar nasihat Hajar. Hajar pula lantas membawa haluannya sendiri dan lama-kelamaan, dia terpisah jauh daripada kawan-kawannya. Mereka sebenarnya telah tersesat ke angkasa lepas. Mampukah Hajar, Amin dan Syafiq kembali semula ke Bumi? Sama-sama kita ikuti kesudahan cerita yang mencabar ini.

 

 

 

Angkasawati Malaysia Pertama

Angkasawati Malaysia Pertama

Penulis: Nur Nadhirah

Nur Nadhirah berasa sangat terkejut kerana telah terpilih untuk mengikuti program tiga minggu ke ISS serta menjadi Angkasawati Malaysia yang pertama. Beliau menceritakan pengalamannya yang penuh dengan cabaran sebelum berangkat ke angkasa lepas. Tanpa diduga, semasa di angkasa juga beliau menghadapi cabaran yang melibatkan antara hidup dan matinya. Adakah Angkasawati pertama Malaysia berjaya mengharungi cabaran tersebut? Ayuh sama-sama kita ikutinya.  

 

 

 

ASTRONOMI

ASTRONOMI

Penulis: Qaid Zaqwan

Penulis berkongsi pengalamannya mendengar motivasi daripada Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muzaffar. Penulis berasa teruja untuk bertemu mengenali dengan lebih dekat angkasawan pertama negara. Ingin tahu dengan lebih lanjut apakah ilmu pengetahuan yang dikongsikan oleh penulis? Ayuh adik-adik membaca buku menarik ini.

 

 

 

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my