Olimpiad Sains Bumi Antarabangsa atau lebih dikenali dengan nama International Earth Science Olympiad(IESO) dengan rasminya melabuhkan tirai pada 17 Ogos 2018. Edisi ke-12 ini menghadirkan 39 buah negara dari serata dunia, termasuk Malaysia dengan penyertaan buat julung kalinya.