e-learning Permata Insan
Pelajar-pelajar PERMATA Insan juga mengikuti pembelajaran secara atas talian sepanjang masa mereka berada di rumah. Dengan pengisian yang dirumus khas, setiap minggu mereka boleh mendapatkan bahan-bahan pembelajaran dari modul PERMATA Insan dengan begitu mudah, sekaligus menggapai segenap hasrat dalam menjana cendekiawan Islam.
Setiap pelajar PERMATA Insan diberikan akaun & akses percuma ke laman e-Learning mereka, dengan sebuah sistem intelligent yang diberi nama sistem USIM Intelligent Learning Environment (USIM iLE).