FAQs | PERMATA Insan

 

 1- Bolehkah kanak-kanak tadika menyertai PERMATA Insan?

Jawapan: PERMATA Insan mengambil pelajar bermula umur 8 Tahun sahaja untuk kemasukan pertama. Manakala untuk kemasukan menengah ke Kolej PERMAT Insan ketika berumur 12 tahun. Untuk tadika, boleh sertai PERMATA Negara, yakni pusat pendidikan pra-sekolah di bawah Program PERMATA.

 

2- Apakah langkah pertama untuk memasuki PERMATA Insan?

Jawapan: Bagi memasuki PERMATA Insan, pertamanya, mana-mana pelajar yang berumur 8 tahun perlu mengambil ujian IQ secara Online. Ujian ini adalah ujian bertaraf dan berstandard antarabangsa. Ujian ini dikelolakan oleh UKM bermula Februari hingga Mei pada setiap tahun. Ujiannya bernama Ujian UKM1. Link ujian akan dipaparkan di Website PERMATA Insan apabila sesi ujiannya bermula.  

 

3- Apakah ujian-ujian yang perlu diambil untuk terpilih ke PERMATA Insan?

Jawapan: terdapat tiga peringkat saringan yang dibuat dalam pemilihan pelajar PERMATA Insan.

  • Peringkat tapisan pertama adalah Ujian UKM1 yang dibuat secara online dan terbuka sepanjang Februari - Mei setiap tahun. Ujian ini boleh diambil oleh pelajar berumur 8 tahun sepanjang tempoh sesi ujuan dibuka.
  • Peringkat kedua adalah Ujian UKM2. Ujian ini adalah Ujian berpusat di mana-mana pusat ujian yang ditetapkan di setiap negeri. Ujian ini adalah ujian susulan daripada pelajar yang berjaya dan terpilih dari Ujian UKM1.
  • Peringkat ketiga adalah Ujian USIM1, yang mencakupi Ujian kecenderungan agama melibatkan ujian bertulis (Islamic Intelligent Test) dan temuduga ibu bapa serta pelajar.

 

4- Lepasan PERMATA Insan hanya akan menjadi Ustaz/Ustazah di aliran agama satu hari nanti?

Jawapan: Pelajar PERMATA Insan adalah pelajar yang holistik dalam mana-mana bidang yang mereka ingin kuasai, samada dalam Sains Teknologi, Sains Tulen, Sains Sosial mahupun Pengajian Agama. Sebagai kesimpulan, Permata Insan membina formula dalam membentuk teras keilmuan berasas Aqli dan Naqli, yakni gabungan antara ilmu sains, moden, empirikal, experimental, namun dalam masa yang sama, mereka juga dilengkapkan dgn ilmu berasas Wahyu (Quran & Sunnah). Mereka pasti boleh menjadi sesiapa sahaja demi kemaslahatan ummah.

 

5- PERMATA Insan terbuka hanya pada sekolah-sekolah terpilih sahaja?

Jawapan: PERMATA Insan tidak memilih pelajar berasaskan sekolah mahupun taraf hidup pelajar-pelajar tertentu. PERMATA Insan terbuka kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang berumur 8 tahun, dengan memilih pelajar berasaskan tahap IQ mereka melalui ujian IQ yang dijalankan beserta ujan kecenderungan agama dan sesi temuduga.

 

6- PERMATA Insan di USIM atau UKM?

Jawapan: PERMATA Insan diamanahkan di USIM, bagi pelajar-pelajar genius Muslim bermula umur 8 tahun dari seluruh Malaysia. manakala di UKM, programnya bernama PERMATApintar, untuk pelajar genius sekolah menengah bermula tingkatan 4 dan terbuka kepada seluruh bangsa di Malaysia

 

lagi soalan? hubungi kami  di Sini 

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my