Kemasukan

/Kemasukan
Kemasukan 2019-01-29T12:42:54+00:00

Pra-Kolej

8-11 Tahun

Pelajar PERMATA Insan terdiri daripada dua tahap, yakni Pra-Kolej dan Kolej. Pelajar Pra-Kolej adalah pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada pelajar berumur 8 tahun hingga 11 tahun. Manakala bagi pelajar berumur 12 tahun, mereka berada di peringkat tahun penilaian untuk kemasukan tingkatan 1 di peringkat Kolej.

Mengenalpasti bakat pelajar bermula 8 -11 tahun

Fokus utama dalam program Pra-kolej yang dirancangkan ini adalah pembangunan modal insan di kalangan kanak-kanak berumur lapan (8) hingga sebelas(11) tahun yang berkebolehan tinggi atau pintar memahami, mentafsir, menghafaz dan mengaplikasi al-Quran dan al-Sunnah dalam kehidupan serta menghubungkaitkannya dengan sains, teknologi, matematik dan sebagainya serta mampu membangunkan tradisi keilmuan Islam dan mencetuskan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi melalui kesepaduan ilmu aqli dan naqli.

Proses Pemilihan dan Saringan

Para pelajar yang memasuki PERMATA INSAN adalah pelajar-pelajar yang telah melalui beberapa proses serta saringan. Hebahan mengenai peluang kemasukan kanak-kanak pintar ke program PERMATA INSAN adalah kepada semua pelajar-pelajar sekolah-sekolah rendah agama dan kebangsaan.

Syarat Penyertaan
untuk Pra-Kolej

  • Murid beragama Islam

  • Berusia 8–11 tahun(Tahun 2 – 5) pada tahun 2019

Laluan Ujian dan PPCS

Kolej

Sekolah Menengah

Mengenalpasti bakat pelajar di peringkat sekolah menengah

Pelajar Kolej PERMATA Insan adalah pelajar yang telah melepasi beberapa tahap ujian saringan sama seperti ujian di peringkat Pra-Kolej. Ujian berbentuk IQ ini perlu di ambil ketika mereka berumur 11-12 tahun untuk ambilan Asas 1, manakala berumur 15 tahun untuk ambilan Asas 4.

STREAM

Fokus kepada STREAM (Science, Technology, Religion, Ethics, Art, Mathematics) bersama kecenderungan serta minat yang mendalam terhadap Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan, menjadi kelebihan utama untuk pemilihan pelajar ke peringkat kolej.

Laluan Akademik

Kolej PERMATA Insan menyediakan sukatan pengisian pembangunan insan yang holistik dalam menyediakan INSAN yang terbaik dalam menjadi khalifah di muka bumi ini. Program pengkayaan pengetahuan dan kemahiran direka khas buat pelajar-pelajar Muslim yang pintar berbakat ini.

Muat Turun Academic Pathway

Syarat Penyertaan
untuk Kemasukan ke Kolej

  • Murid beragama Islam

  • Berusia 11-12 tahun (Tahun 6) pada tahun 2019 untuk ambilan Asas 1 pada tahun 2020

  • Berusia 15  tahun (Tingkatan 3) pada tahun 2019 untuk ambilan Asas 4 pada tahun 2020

Laluan Ujian dan Mukhayyam Al-Abrar