Kemudahan

Pelajar-pelajar yang terpilih dan telah melepasi ujian saringan secara lansung diiktiraf sebagai pelajar genius muslim terbaik peringkat nasional. Mereka akan mengikuti program PERMATA INSAN berasaskan modul yang telah dibina khas.

Dalam usaha menjana cendekiawan Islam, pelbagai nilai tambah berbentuk kemudahan-kemudahan telah diberikan. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan ialah:


 

1.Menyediakan Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif

Pelajar-pelajar yang terpilih akan melalui proses pembelajaran, pengayaan, pengukuhan, dan penilaian berterusan di lokasi-lokasi strategik yang mempunyai kemudahan lengkap untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Mereka juga akan disediakan kemudahan guru pembimbing yang akan membimbing pelajar secara berterusan.

Pelajar-pelajar juga akan dilengkapkan dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan seperti latihan penguasaan Speed Reading dan Mental Arithmetic.


 

2.Program Bengkel Pengukuhan dan Penilaian serta Perkhemahan Bersepadu

Aktiviti pembelajaran, pengukuhan, pengayaan, dan penilaian akan dijalankan menerusi dua aktiviti utama, iaitu 1 bengkel (7 hari) dan perkhemahan (2 minggu) ketika musim cuti sekolah. Program Bengkel Pengukuhan dan Penilaian akan diadakan semasa cuti sekolah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) atau lokasi-lokasi yang bersesuaian.

Program tersebut mengandungi komponen pengukuhan, semakan prestasi dan penilaian. Program ini akan memberi ruang kepada pelajar untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri, cabaran-cabaran yang dihadapi dan cara-cara mengatasinya. Status perkembangan dalam program dan dinilai oleh pakar dari segi perubahan atau adaptasi yang telah dicapai.

Selain itu, program Perkhemahan Bersepadu pula para pelajar akan didedahkan dengan lawatan-lawatan berbentuk akademik ke institut atau organisasi yang berkaitan. Lawatan-lawatan tersebut akan menambahkan lagi pengalaman serta pengetahuan para pelajar.

Kesemua program tersebut akan dijalankan secara percuma kepada pelajar yang telah dipilih melalui saringan-saringan yang telah dibuat.


 

3. E-Pembelajaran

Penggunaan teknologi pengajaran dan pembelajaran moden dan terkini akan diutamakan untuk membolehkan pelajar memahami dan menghayati pengisian program secara optimum dan berterusan. Pelajar-pelajar akan dibimbing secara percuma menerusi atas talian setelah mereka melalui program perkhemahan. Program e-pembelajaran tersebut mengandungi pakej multimedia yang dibina berdasarkan modul-modul yang telah dibuat bagi memenuhi objektif program.


 

4.Kemudahan Komputer Riba Percuma

Para pelajar PERMATA Insan diberikan komputer riba percuma dalam memudahkan pembelajaran mereka menerusi e-pembelajaran sepanjang masa ketika mereka di rumah, seterusnya memudahkan lagi pembangunan pelajar pintar ini beserta penilaian berterusan.

 Pusat PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my