Kenapa perlu sertai PERMATA Insan?

PERMATA Insan merupakan salah satu amanah negara dalam menjana cendekiawan Islam masa hadapan.

Alangkah indahnya suatu hari di masa hadapan andai anak-anak anda menjadi antara cendekiawan Islam yang mengubah landskap kekuatan ummat Islam. Bayangkan harapan dunia pada mereka yang menjadi ilmuan duniawi dan ukhrawi persis kesarjanaan Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Ibnu Firnas, Al-Khindi, Ar-Razi, Ibnu Khaldun, dan lain-lain para cendekiawan pada era kegemilangan Islam suatu masa lalu. Begitulah kehebatan tokoh-tokoh ilmuan Islam terdahulu yang sememangnya tidak perlu diperkenal lagi. Bersama keberkatan dan kegigihan titik peluh mereka lah, warisan ilmu terus mekar hingga ke hari ini.

Melihat peripentingnya keberadaan cendekiawan Islam yang unggul ,Permata Insan tampil dengan sebuah program yang begitu berharga buat anak-anak anda :- yakni anak-anak Muslim seluruh Malaysia, dalam menyiapkan mereka sebagai ilmuan-ilmuan Islam masa hadapan seperti tokoh-tokoh yang disebutkan sekaligus mampu mengembalikan kegemilangan era Islam hari ini.

Merupakan satu-satunya program seumpamanya di dunia Islam bersama modul dan kokurikulum hebat yang dibangunkan oleh para pakar dan ilmuan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program yang dirumus khas dengan formula-formula berasas penyelidikan, pastinya bakal membina keunggulan anak-anak anda menjadi individu yang Abqari, berpandu keseimbangan ilmu Dunia Akhirat.

 Pusat PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my