Latar Belakang Pelajar

 

Permata Insan merupakan sebuah program yang ditubuh khas di Universiti Sains Islam Malaysia dengan tujuan untuk melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan al-Quran dan al-Sunnah dari awal usia. Fokus utama dalam program yang dirancangkan di bawah akademi ini adalah pembangunan modal insan di kalangan kanak-kanak berumur lapan (8) tahun yang berkebolehan tinggi atau pintar memahami, mentafsir, menghafaz dan mengaplikasi al-Quran dan al-Sunnah dalam kehidupan serta menghubungkaitkannya dengan sains, teknologi, matematik dan sebagainya serta mampu membangunkan tradisi keilmuan Islam dan mencetuskan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi melalui kesepaduan ilmu aqli dan naqli.

Oleh itu, Para pelajar yang memasuki PERMATA INSAN adalah pelajar-pelajar yang telah melalui beberapa proses serta saringan.  Hebahan mengenai peluang kemasukan kanak-kanak pintar ke program PERMATA INSAN adalah kepada semua pelajar-pelajar sekolah-sekolah rendah agama dan kebangsaan. Pencalonan adalah dibuka untuk kanak-kanak yang berumur 8 tahun, beragama Islam dan warganegara Malaysia.

     1. 

 Ujian Kecerdasan (UKM-1)

Para pelajar yang berminat akan melalui Ujian Kecerdasan (UKM-1) yang akan dijalankan secara atas talian. Ujian ini dijangka akan dibuka pada Februari hingga April setiap tahun. Melalui proses ini, para pelajar yang terpilih akan melalui proses saringan kedua. Ujian saringan kedua perlu menduduki dua jenis ujian iaitu ujian UKM -2 serta Ujian USIM-1.

 2. 

 

 Ujian UKM-2

Ujian ini melibatkan ujian atas talian serta akan diadakan secara terkawal melibatkan pusat-pusat ujian terpilih di setiap negeri.

 3. 

 

 Ujian USIM-1

Ujian ini akan dilalui oleh pelajar-pelajar setelah mereka melepasi Ujian UKM-2. Ujian ini akan menggunakan dua kaedah iaitu secara bertulis yang berbentuk kecenderungan agama manakala temuduga pula melibatkan temuduga bersama pelajar serta ibu bapa sendiri.

 

Pelajar Semasa

Para pelajar yang melepasi ujian-ujian tersebut adalah pelajar-pelajar yang terpilih dan pintar dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Kesemua pelajar yang terpilih tersebut kini sedang mengikuti program-program di PERMATA INSAN. Semoga usaha penjanaan dalam melahirkan CENDEKIAWAN ISLAM terus memberi impak yang baik buat mereka.

Klik di sini untuk melihat senarai keseluruhan pelajar PERMATA Insan yang terkini

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my