Objektif Penubuhan

Objektif utama penubuhan PERMATA Insan adalah untuk :

1.1.        Mengenalpasti pelajar pintar seawal mungkin dari seluruh Malaysia untuk dididik dan dibimbing supaya menjadi individu yang unggul, holistik,  berkualiti dan seimbang dari aspek duniawi dan ukhrawinya.

1.2.        Membangun, menyedia dan melaksanakan kurikulum khas Permata Insan yang mengandungi empat (4) komponen penting iaitu Modul Pintar al-Quran dan al-Sunnah, Modul Bahasa Arab, Modul Bahasa Inggeris dan Modul Pembangunan Insaniah.

1.3.        Menyedia dan melaksanakan kaedah pembelajaran yang berbentuk tumpuan pelajar (student-centred), experiential learning, problem-based learning dan e-learning.

1.4.       Memberi peluang kepada pelajar yang terpilih mengikuti pembelajaran yang telah dimampankan (Compress), dipacu (Accelerated) dan diperkayakan (Enrichment) bagi membolehkan mereka berkemampuan, berkemahiran serta berdaya saing untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi pada usia seawal mungkin.

1.5.        Melahirkan pelajar pintar yang bertaraf antarabangsa dalam pelbagai bidang.

1.6.        Menjadi pusat penyelidikan dan perundingan yang berwibawa berkaitan dengan pelbagai aspek kanak-kanak pintar dengan menawarkan perkhidmatan kepakaran dan penyediaan input secara professional kepada masyarakat, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan dan pihak-pihak yang berminat.

1.7.        Menjadi sebuah akademi yang akan menggerak dan menyemarakkan aktiviti penyelidikan, penulisan dan penerbitan berkaitan pendidikan kanak-kanak pintar yang dihasilkan oleh ilmuan dan professional tempatan, serantau dan dunia.

1.8.        Melahirkan ilmuan, pemikir, teknokrat, saintis dan professional Islam yang agung berteraskan al-Quran dan Al-Sunnah.

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my