Guru Pembimbing

Ketika para pelajar berada di rumah, sepanjang semester, mereka diberikan guru pembimbing khas yang akan terus menyampaikan silibus PERMATA Insan kepada para pelajar. 

1- Guru-guru akan dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia serta Universiti Sains Islam Malaysia, manakala pensyarah terlibat akan dipilih oleh jawatankuasa yang dilantik oleh USIM. Mereka akan dilatih secara berterusan untuk mengenalpasti kaedah pedagogi yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran pelajar pintar cerdas berbakat menggunakan personalized curriculum.

2- Pada masa ini tenaga pengajar terdiri daripada guru sekolah  yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

3- Guru-guru ini juga wajib melalui latihan profesional dalam melatih mereka untuk membimbing pelajar Pintar ini. Kurikulum latihan merangkumi pelbagai bidang kepakaran iaitu:

    1. Latihan program bengkel dan perkhemahan musim cuti sekolah;
    2. Latihan pedagogi al-Quran dan penyesuaian kurikulum untuk guru yang mengajar;
    3. Latihan guru untuk hafazan al-Quran;
    4. Latihan E-Learning

Pemantauan program akan dilaksanakan berterusan oleh Jawatankuasa pelaksana.

* Gambar : Sumber

Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia,  Kompleks PERMATA Insan, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:
+606-798 0105  |  +606-798 0101, Emel: permatainsan[at]usim.edu.my