TENTANG KAMI
Logo Perpustakaan Kolej PERMATA Insan telah diwujudkan pada tahun 2022. Ianya merupakan hasil ciptaan seorang murid Kolej PERMATA Insan iaitu Yusri Hakim Bin Razali yang merupakan murid Tahap 2. Seterusnya, logo ini bertemakan warna hijau zamrud & hijau cair yang merupakan warna rasmi bagi Kolej PERMATA Insan. Dengan misi “menjana cendekiawan islam”, diharapkan agar semua murid KPI dapat menjadi seorang murid yang memiliki peribadi dan akhlak yang baik selari dengan logo Perpustakaan KPI.

DIREKTORI STAF
Perpustakaan Kolej PERMATA Insan diuruskan oleh dua orang staf yang terdiri daripada seorang Penolong Pustakawan (S29) yang bertanggungjawab melaksana program dan mengendali pembangunan sumber maklumat, pendokumentasian dan pengurusan maklumat, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan, pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat dan melaksanakan aplikasi ICT di perpustakaan.
Terdapat juga seorang Pembantu Pustakawan (S19) yang bertanggungjawab membantu menyediakan katalog bahan-bahan perpustakaan, Merekod semua pinjaman dan pemulangan bahan perpustakaan, Membantu dan mengendalikan rekod perolehan dan pembayaran bahan perpustakaan dan sebagainya.
PENGAWAS PERPUSTAKAAN SESI 2023/2024
JUMLAH KOLEKSI BAHAN DI PERPUSTAKAAN KPI
KADAR PINJAMAN BAHAN
JUMLAH PINJAMAN | TEMPOH PINJAMAN | |
---|---|---|
Professor Emeritus/ USIM Degree Holder |
15 Bahan | 60 Hari |
Staff Akademik | 25 Bahan | 60 Hari |
Bukan Staf Akademik | 10 Bahan | 30 Hari |
Murid Kolej PERMATA Insan | 5 Bahan | 14 Hari |