KEMUDAHAN DI PERPUSTAKAAN KPI

Perpustakaan dilengkapi dengan 1 bilik perbincangan yang boleh memuatkan 8 orang pengguna dalam satu masa dan terhad kepada dua jam untuk setiap penggunaan. Bilik perbincangan ini juga dilengkapi dengan kemudahan wifi/internet, satu (1) unit papan putih, satu (1) unit TV Pintar dan satu (1) set meja perbincangan. Tempahan boleh dibuat dikaunter perkhidmatan perpustakaan.

Perpustakaan menyediakan sudut gajet yang dilengkapi dengan dua (2) unit komputer dan tiga (3) unit Ipad lengkap dengan sambungan internet untuk kemudahan pengguna. Penggunaan gajet ini disediakan secara percuma kepada pengguna berdaftar sahaja serta terhad satu jam bagi setiap penggunaan dan boleh dilanjutkan jika tiada tempahan dari pengguna lain. Pengguna perlu mendaftar di kaunter perkhidmatan perpustakaan sebelum menggunakan fasiliti ini.

Perpustakaan dilengkapi juga dengan zon ruang terbuka yang boleh memuatkan 20 hingga 50 orang pengguna dalam satu-satu masa. Terdapat beberapa meja dan kerusi, “bean bag” dan kerusi hexagon disediakan oleh perpustakaan bagi memberi keselesaan terhadap pengguna. Ruang terbuka ini juga sering digunakan oleh pensyarah Kolej PERMATA Insan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran bersama murid-murid.

Perpustakaan menyediakan satu (1) unit Mesin Pinjaman Layan Diri untuk pengguna membuat pinjaman secara layan diri. Mesin Pinjaman Layan Diri hanya boleh digunakan oleh pengguna berdaftar sahaja.Dengan adanya Mesin Pinjaman layan diri ini dapat memudahkan pengguna perpustakaan untuk membuat pinjaman tanpa perlu ke Kaunter Sirkulasi.

SERVIS DI PERPUSTAKAAN KPI