Pra-Kolej
8-11 Tahun
Kolej PERMATA Insan menawarkan program perkhemahan cuti sekolah (PPCS) bagi murid berumur 8-11 tahun (pra-kolej) yang telah melepasi Ujian Kepintaran Murid 1 (UKM1) dan Ujian Kepintaran Murid 2 (UKM2). Program perkhemahan ini biasanya dijalankan selama dua (2) minggu ketika musim cuti sekolah akhir tahun.
Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS)
Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) adalah merupakan satu program pengayaan kepada murid pintar berbakat Muslim bagi tujuan memberi peluang untuk murid mengembangkan bakat dan potensi mereka terutama dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik yang berintegrasikan Ilmu Naqli. Sepanjang program ini, murid turut didedahkan dengan modul Al-Quran, modul Bahasa dan modul Insaniah.
Modul yang Ditawarkan
Modul Sains dan Teknologi:
- Muslim Young Scientists
- Muslim Inventor
- It Venture
- Advanced Biology
- Coding 101
- Crime Scene Investigation
- Halal Inventors
- Environmental Microbiology
- Engineering & Robotics
- Economic Sciences
Modul Matematik:
- Be A Math Hero
- Cimath
- Advanced Math
Modul Insaniah
- Pengucapan Awam
- Fun with English
- Arabic: Al Baher
- Arabic: Al Mumtiah
- Arabic: Al Raaidah
Syarat Penyertaan
untuk Pra-Kolej
Murid beragama Islam
Berusia 8–11 tahun(Tahun 2 – 5) pada tahun semasa
Syarat Kemasukan ke Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS)
(8 – 11 Tahun)
Kolej
(13 – 17 TAHUN)
Kolej PERMATA Insan (KPI) merupakan sebuah institusi pintar dan berbakat Islam di Malaysia yang menjalankan kurikulum yang dikenali sebagai pendidikan pintar berbakat integrasi ilmu Naqli dan Aqli (IGED). Sebagai sebuah institusi sekolah di dalam universiti, KPI disokong oleh Universiti Sains Islam Malaysia dan Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya ditubuhkan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di bawah bab kumpulan berkeperluan khusus.
Bagi membina murid berpersonaliti Al-Abrar, Kolej PERMATA Insan menerapkan model RAAIS (Rabbaniyyah, Akhlaqiyyah, Alamiyyah, Insaniyyah, Siasiyyah) dalam kehidupan seharian mereka. Setelah beroperasi hampir sedekad, Kolej PERMATA Insan telah berjaya melahirkan individu yang cemerlang dan meneruskan pendidikan di dalam mahupun luar negara.
PERLAKSANAAN KURIKULUM
Kolej PERMATA Insan melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) terkini dengan penekanan khas kepada STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematic) dengan berintegrasikan Ilmu Naqli yang bersumber Al-Quran, Hadith, Ilmu-ilmu Islam. Didalam kurikulum KPI, terdapat silibus yang berteras akademik, ulumuddin, penyelidikan, Insaniah dan Ko-Kurikulum
Calon boleh MENERIMA / MENOLAK tawaran dengan klik pautan etasjil dibawah
dari 10 Mac 2022 Sehingga 18 Mac 2022
Syarat Penyertaan
untuk Kemasukan ke Kolej
Murid beragama Islam
Berusia 11-12 tahun (Tahun 6) pada tahun semasa untuk ambilan Asas 1 pada tahun berikutnya