Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS)

Kolej PERMATA Insan menawarkan Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) bagi murid berumur 9-11 tahun (pra-kolej) yang telah melepasi ujian saringan identifikasi murid pintar berbakat Muslim USIM-QUEST.

Program ini merupakan satu program pengayaan kepada murid pintar berbakat Muslim bagi tujuan memberi peluang untuk murid mengembangkan bakat dan potensi mereka terutama dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik yang berintegrasikan Ilmu Naqli. Sepanjang program ini, murid turut didedahkan dengan modul Al-Quran, modul Bahasa dan modul Insaniah.

Modul yang Ditawarkan

Modul Sains dan Teknologi:

  1. Muslim Young Scientists
  2. Muslim Inventor
  3. It Venture
  4. Advanced Biology
  5. Coding 101
  6. Crime Scene Investigation
  7. Halal Inventors
  8. Environmental Microbiology
  9. Engineering & Robotics
  10. Economic Sciences

Modul Matematik:

  1. Be A Math Hero
  2. Cimath
  3. Advanced Math

Modul Insaniah

  1. Pengucapan Awam
  2. Fun with English
  3. Arabic: Al Baher
  4. Arabic: Al Mumtiah
  5. Arabic: Al Raaidah

Syarat Penyertaan
untuk Pra-Kolej

  • Melepasi Ujian Saringan USIM-QUEST

  • Murid beragama Islam

  • Berusia 9–11 tahun(Tahun 3 – 5) pada tahun semasa

Syarat Kemasukan ke Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS)
(9 – 11 Tahun)

UJIAN SARINGAN USIM-QUEST

UJIAN SARINGAN USIM-QUEST

Ujian saringan dijalankan secara berjadual dan perlu melakukan pendaftaran awal bagi menduduki ujian saringan. Akses dan ujian boleh diambil di rumah atau mana-mana tempat yang mempunyai capaian internet.

Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS)

Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS)

Murid yang terpilih akan mengikuti Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) selama 2 minggu ketika cuti sekolah di Kolej PERMATA Insan, USIM.

Tarikh-tarikh Penting bagi Ujian Saringan USIM-QUEST

Soalan Lazim (FAQ)

Ia adalah instrumen identifikasi murid pintar berbakat Muslim yang mengukur tahap keupayaan kognitif dan kecenderungan murid kepada Sains, Matematik, Ulumuddin dan kepelbagaian kecerdasan.

USIM-QUEST dilaksanakan bermula dengan ujian saringan  secara dalam talian (online).  Murid yang mencapai kelayakan yang ditetapkan akan dijemput untuk mengikuti peringkat seterusnya; Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) dan Program Mukhayyam Al-Abrar, yang merupakan sebahagian daripada proses identifikasi dan pengesahan murid pintar barbakat Muslim.

Ujian Saringan USIM-QUEST ialah  ujian  identifikasi awal murid pintar berbakat Muslim secara dalam talian.

Calon berumur 9 – 12 tahun yang telah mendaftar dan menerima emel atau makluman rasmi daripada pihak urus setia USIM-QUEST.

Ya, saringan ini adalah wajib bagi peserta yang berhasrat untuk memohon ke Kolej PERMATA Insan sebagai murid Asas 1 2027.

Ya, yuran pendaftaran adalah sebanyak RM50

Tidak, calon boleh mengambil ujian sekali sahaja pada tahun semasa.

Saringan akan dijalankan dalam talian pada tarikh yang ditetapkan oleh urusetia setelah mendaftar. Sebarang perubahan tarikh atau masa akan dimaklumkan melalui saluran rasmi urusetia.

Komputer riba atau komputer peribadi yang dilengkapi dengan capaian internet.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pihak urus setia USIM-QUEST melalui [usimquest.kpi@usim.edu.my]. Peserta dinasihatkan untuk menggunakan saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini.

Tidak sepenuhnya. Ujian ini lebih menumpukan kepada pengukuran potensi intelektual, penaakulan dan kebolehan kognitif

Peserta akan menerima Sijil Penyertaan sejurus selesai menduduki ujian. Manakala, laporan Penilaian Am akan dihantar melalui emel dalam tempoh 30 hari bekerja selepas tarikh ujian.