Syarat Kemasukan ke Kolej PERMATA Insan (12 Tahun)

UJIAN SARINGAN USIM-QUEST

UJIAN SARINGAN USIM-QUEST

Ujian saringan dijalankan secara berjadual dan perlu melakukan pendaftaran awal bagi menduduki ujian saringan. Akses dan ujian boleh diambil di rumah atau mana-mana tempat yang mempunyai capaian internet.

Mukhayyam Al-Abrar

Mukhayyam Al-Abrar

Murid yang terpilih akan mengikuti Program pemilihan ke KPI. Penilaian merangkumi Ujian STEM, Hafazan, USIM 1, Temuduga Murid & Temu bual Ibu Bapa.

Calon Murid Asas 1

Calon Murid Asas 1

Murid yang berjaya melepasi semua komponen penilaian Mukahyyam Al-Abrar akan ditawarkan sebagai calon murid Asas 1 KPI.

Tarikh-tarikh Penting bagi Ujian Saringan USIM-QUEST

Soalan Lazim (FAQ)

Ia adalah instrumen identifikasi murid pintar berbakat Muslim yang mengukur tahap keupayaan kognitif dan kecenderungan murid kepada Sains, Matematik, Ulumuddin dan kepelbagaian kecerdasan.

USIM-QUEST dilaksanakan bermula dengan ujian saringan  secara dalam talian (online).  Murid yang mencapai kelayakan yang ditetapkan akan dijemput untuk mengikuti peringkat seterusnya; Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) dan Program Mukhayyam Al-Abrar, yang merupakan sebahagian daripada proses identifikasi dan pengesahan murid pintar barbakat Muslim.

Ujian Saringan USIM-QUEST ialah  ujian  identifikasi awal murid pintar berbakat Muslim secara dalam talian.

Calon berumur 9 – 12 tahun yang telah mendaftar dan menerima emel atau makluman rasmi daripada pihak urus setia USIM-QUEST.

Ya, saringan ini adalah wajib bagi peserta yang berhasrat untuk memohon ke Kolej PERMATA Insan sebagai murid Asas 1 2027.

Ya, yuran pendaftaran adalah sebanyak RM50

Tidak, calon boleh mengambil ujian sekali sahaja pada tahun semasa.

Saringan akan dijalankan dalam talian pada tarikh yang ditetapkan oleh urusetia setelah mendaftar. Sebarang perubahan tarikh atau masa akan dimaklumkan melalui saluran rasmi urusetia.

Komputer riba atau komputer peribadi yang dilengkapi dengan capaian internet.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pihak urus setia USIM-QUEST melalui [usimquest.kpi@usim.edu.my]. Peserta dinasihatkan untuk menggunakan saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini.

Tidak sepenuhnya. Ujian ini lebih menumpukan kepada pengukuran potensi intelektual, penaakulan dan kebolehan kognitif

Peserta akan menerima Sijil Penyertaan sejurus selesai menduduki ujian. Manakala, laporan Penilaian Am akan dihantar melalui emel dalam tempoh 30 hari bekerja selepas tarikh ujian.