Tanggal 22 september 2020 telah berlangsung majlis penganugerahan INSAN JUNIOR SCHOOL CERTIFICATE (IJSC) dan ANUGERAH KECEMERLANGAN ABQARI (AKRAB) di Dewan Serbaguna, Kolej GENIUS Insan. Seramai 32 orang penerima iJSC iaitu anugerah kepada lepasan asas 3 2019 yang mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) melebihi 3.0 dan 160 penerima AKRAB telah diraikan dalam majlis tersebut. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato’ Kamel Mohamad. Turut hadir YBrs. Dr Noraisah Spahat, Setiausaha Bahagian GENIUS, dan  YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar, Universiti sains Islam Malaysia.

Anugerah Abqari Perdana 2019 :

Hasnul Fikri Ahmad Sukri

Maryam Mokhtar